
Minggu Pendidikan Ekzema ASPD
Fakta vs Mitos: Memahami Ekzim Anak / Ekzema Kanak-kanak
Forum Umum
Tarikh:
12 September 2026 (Sabtu)
Masa:
04.00 PM - 05.30 PM GMT+8
Tempat:
YouTube Live
Yuran:
PERCUMA
BORANG PENDAFTARAN
Nama Pertama*
Umur*
Nama Akhir*
Pekerjaan*
Emel*
Negara / Wilayah*
Adakah sebarang soalan untuk pakar kulit kanak-kanak kami?
Dengan pendaftaran untuk acara ini, anda bersetuju untuk menerima kemas kini melalui e-mel serta komunikasi pemasaran mengenai acara dan inisiatif kami yang lain.
Error Msg
PENGESAHAN PENDAFTARAN
Terima kasih kerana mendaftar!
ID pendaftaran anda ialah
EVENTID-XXX
E-mel pengesahan yang mengandungi maklumat lanjut mengenai acara akan dihantar ke alamat e-mel berikut:
<provided email address>


Tentang Acara
Sempena Hari Ekzema Atopik Sedunia, Asian Society of Pediatric Dermatology (ASPD) menganjurkan Minggu Pendidikan Ekzema ASPD setiap tahun, dengan pelbagai program dan aktiviti menarik untuk profesional penjagaan kesihatan dan orang awam di seluruh Asia! Forum Umum yang dinanti-nantikan, “Fakta vs Mitos: Memahami Ekzim Anak / Ekzema Kanak-kanak”, bertujuan menyediakan platform untuk orang ramai meningkatkan pemahaman tentang keadaan Ekzema melalui interaksi secara langsung bersama pakar dermatologi kanak-kanak!
Minggu Pendidikan Ekzema ASPD tahun ini didukung oleh International Society of Atopic Dermatitis (ISAD) dan International Society of Pediatric Dermatology (ISPD).
Maklumat Acara
🗓️ Tarikh & Masa: 12 Sep 2026 (Sabtu), 04.00 PM GMT+8
📍 Format: YouTube Live
🤩 Kemasukan Percuma (semua orang dialu-alukan untuk menyertai!)
📧 Daftar Sekarang: https://www.asianpedderm.com/eczemaweek-publicforum-bahasa
Sorotan Acara
Fikir anda benar-benar memahami ekzim anak / ekzema kanak-kanak? Fikirkan sekali lagi!
Sertai forum umum percuma kami untuk membezakan fakta daripada mitos serta meneroka persoalan dan mitos lazim mengenai ekzema kanak-kanak. Daripada punca dan faktor pencetus ekzema, kepada ujian alahan, steroid sapuan, prebiotik dan kepercayaan budaya, panel pakar kami akan berkongsi panduan praktikal berasaskan bukti untuk membantu ibu bapa dan penjaga memahami ekzema serta pengurusannya dengan lebih baik.
Peserta yang berminat boleh berkongsi soalan dengan kami dan mendapatkan jawapan secara langsung semasa acara berlangsung! Kami turut akan mengadakan Cabutan Bertuah dengan peluang untuk memenangi hadiah menarik — nantikan maklumat lanjut!
Pengacara & Penceramah
Sesi ini akan dikendalikan oleh barisan pakar dermatologi kanak-kanak terkemuka dari seluruh Asia:
1️⃣ Dr July Rahardja - Pakar Dermatologi Kanak-kanak, Indonesian Pediatric Dermatology Study Group dan Karya Medika Hospital Bekasi, Indonesia
2️⃣ Dr Dedianto Hidajat - Pakar Dermatologi, Faculty of Medicine and Health Sciences, University of Mataram dan Indonesian Pediatric Dermatology Study Group, Indonesia
3️⃣ Dr Nur Syazwin - Pakar Dermatologi Kanak-kanak, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur, Malaysia
Sila ambil perhatian bahawa acara ini tidak diakreditasi CME.
Sertai Cabutan Bertuah
Inilah peluang anda untuk memenangi set produk bernilai SGD 80–150 setiap satu, yang disediakan dengan murah hati oleh Rakan Pendidikan ASPD Eczema Week kami!
Kempen cabutan bertuah kami diadakan di Instagram! Pilih set produk yang ingin anda menangi daripada kempen di bawah dan ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk berpeluang memenanginya.
1️⃣ Ikuti @aspedderm di Instagram
2️⃣ Komen pada hantaran cabutan bertuah bagi set produk yang ingin anda menangi dengan: (1) negara anda dan (2) satu soalan atau mitos tentang ekzema
3️⃣ Tag 3 rakan yang pasti menggemari hadiah penjagaan kulit dalam komen anda
4️⃣ Daftar dan sertai salah satu Forum Umum dalam talian kami:
“Truth vs Myth: Understanding Childhood Eczema” pada 12 SEP 2026, 10:30 PAGI GMT+8 (Pautan)
ATAU “Fakta vs Mitos: Memahami Ekzema Kanak-kanak” pada 12 SEP 2026, 04:00 PETANG GMT+8
🗓️ Cabutan bertuah tamat pada 4 SEP 2026, 11:59 MALAM GMT+8
Adakah anda seorang Profesional Penjagaan Kesihatan?
Daftar untuk webinar kami yang direka khas untuk profesional penjagaan kesihatan:
Zoom Webinar: Pathogenesis and Diagnosis of Atopic Dermatitis (AD)
19 Sep 2026 (Sat) 2.30pm - 5.00pm GMT+8
Zoom Webinar: Management of Atopic Dermatitis (AD)
20 Sep 2026 (Sun) 10.30am - 1.00pm GMT+8
Hubungi Kami
Ikuti kami di Instagram @aspedderm dan Facebook https://www.facebook.com/aspedderm untuk mendapatkan lebih banyak tip dan kemas kini.
Anda juga boleh menghubungi Sekretariat Persatuan kami melalui aspd.avelive@gmail.com
Atur Cara
Topik
Bahagian 1: Apakah Punca Ekzema? Membezakan Fakta daripada Mitos
Adakah ekzema disebabkan oleh makanan tertentu, alahan atau kebersihan yang kurang baik? Ketahui kebenaran di sebalik mitos lazim tentang punca ekzema dan faktor yang mencetuskan kemerahan, serta fahami peranan genetik, penghalang kulit dan faktor persekitaran.
Bahagian 2: Mendiagnosis Ekzema - Adakah Anda Memerlukan Ujian Alahan?
Adakah setiap kanak-kanak yang mengalami ekzema memerlukan ujian alahan? Ketahui bagaimana ekzema didiagnosis dan fahami salah tanggapan lazim mengenai ujian alahan, alahan makanan dan ujian lain yang digunakan untuk menilai ekzema kanak-kanak.
Bahagian 3: Mengurus Ekzema - Apakah yang Benar-benar Berkesan?
Daripada prebiotik dan pelembap kepada steroid sapuan, terdapat pelbagai nasihat tentang cara mengurus ekzema. Mari kita bezakan rawatan berasaskan bukti daripada salah tanggapan lazim dan membincangkan kebimbangan seperti ketakutan terhadap penggunaan steroid.
Bahagian 4: Mitos Budaya - Fakta atau Mitos?
Ekzema sering dikaitkan dengan kepercayaan tradisional, rawatan di rumah dan nasihat yang diwarisi dari generasi ke generasi. Mari kita meneroka beberapa mitos dan amalan budaya yang lazim serta mengetahui apa yang sebenarnya ditunjukkan oleh bukti saintifik.





